Aktiviti Awal Politik Ruhollah_Khomeini

Apabila Shah Reza Pahlavi dimahkotakan menjadi Shah Iran, golongan ulama ditindas melalui polisi anti ulama dan juga Revolusi Putih beliau. Kebijakan ini kemudiannya diteruskan oleh putra beliau, Shah Mohammad Reza Pahlavi.[5]

Pada Januari 1963, Shah Iran mengumumkan projek "Revolusi Putih". Projek merangkumi enam perkara dalam permodenan Iran iaitu reformasi tanah, pemulihan dan pemeliharaan hutan negara, menswastakan badan kerajaan, memperbaiki kondisi hak-hak wanita, perkongsian keuntungan dalam industri, dan memerangi buta huruf. Walaupun tujuan polisi ini baik, tetapi pelaksanaannya menggugat kedudukan ulama Iran. Pada November 1964, beliau mengkritik Shah kerana memberi pelindungan diplomatik kepada pegawai tentera Amerika. Ini menyebabkan beliau dibuang negeri pada bulan yang sama.

Ayatollah Khomeini menghabiskan banyak masa dalam buangan beliau di Najaf, Iraq tetapi kemudiannya dipindahkan ke Neauphle-le-Château di Perancis selepas naiknya Saddam Hussein. Ketika di Najaf, Khomeini banyak memberi ucapan dan syarahan mengenai negara Islam dan kemudiannya menerbitkan Hokumat-e Islami: Wilayat al-Faqih, sebuah buku yang kemudiannya menjadi asas kepada Republik Islam Iran.